Friday 31 January 2014

HELLO FEBUARY 2014!!!

Apa kahabar semua ... ?? pagi yang mendung dan sejuk... tangan terasa nak menulis... di luar masih ramai yang cuti2 malaysia as hari masih tahun baru cina.. em..aku pula masih berkurung di dalam bilik and buka lappy terus menulis...

Febuary moga akan berubah lah segalahnya .. aku dah letih dengan bulan2 yg lepas .. moga aku akan bergelar kembali sebagai wanita berkerjaya pada bulan ini.. last month dah dapat offer with one of the sabahan company but mereka hold dulu position tersebut as that com tengah restructure balik organization chart lagipun office kat miri masih belum settle down lagi.. so wait for them to call me after this CNY..


Em. letih yang aku maksudkan adalah bukan keletihan fizikal tetapi keletihan mental. Sebagai seorang yang terdahulunya berkerjaya adalah sangat2 meletihan apabila kita hanya tinggal di rumah tanpa keluar bekerja... so this febuary first month of wooden horse saya akan dapat kembali seperti yang sebelum ini. I miss my day's as a career women.

Dearly god, help me on this and  I will got my offer soon. Amen.

Saturday 4 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Nampaknya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru memandangkan sekarang baru saja 5 Jan 2014. Tahun ini banyak perubatan jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas. Anak dara pun dah besar panjang dan dia telah melangkah ke alam sekolah menengah. Ya... she was now in SMK Lopeng Tengah. Sekolahnya tak jauh dari rumah.kira-kira 3.5 k/meter je dari rumah. Walaubagaimana pun kena turun awal juga seawal 6.00 pagi atas alasan roll call sebelum pukul 6.30 pagi. Si anak dara ni masuk kelas KRK ..iaitu kelas rancangan khas. Sebenarnya anak dara dapat masuk ke sekolah kawalan iaitu kolej Haji Bujang Miri tapi atas alasan satu nak dekat n satu lagi mana-mana sekolah tu pun sama je. So dengan hati sepakat saya dan MR hubby decide je letak anak dara kami tu kat SMK Lopeng Tengah iaitu dalam kelas 1 KRK. Oppss... lupa nak cakap si anak dara si jantung hati pengarang jiwa dapat 4A 1B for her UPSR. Entah ..dah rezeki dia dapat 4A 1 B kot..? sedangkan ujian percubaan dia dapat 5A time tu.. B tu pun english.. tapi mmg dia agak lemah sikit kat paper 2 English dan memang2 sah paper 2 ni yang jadikan English tu B. As pemerhatian, cikgu dia ada bagi semak paper 1 dia dan dia dapat 37/40 untuk paper 1 and sah lah paper 2 tu yg kantoikan dia then dapat B. Sebenarnya agak kecewa juga dia tak dapat 5A tapi apa daya mmg dah rezeki dia untuk UPSR tu. Bagi saya memang dah agak as saya tahu paper 2 dia mmg kejab ok kejab tak ok.Tapi pada hari results tu keluar saya dah awal2 check kat sms ke 15888 dah sebelum results ka sekolah keluar saya dah dapat agak dah apa yang dia dapat. Tapi Guru kelas dia tetap confident yang si anak dara dapat 5A. Jadi saya pg dekat si anak dara yang pada masa tu tengah bebaris nak naik pentas untuk dapatkan sijil pengawas (kebetulan hari results keluar adalah hari peranugerahan SKJB) so saya datang kat dia dan peluk dia erat.. tak sangka air mata seorang ibu mengalir deras dan di telinganya saya bisikkan yag dia telah buat yang terbaik. Saya katakan dia dapat 4A 1B je.Mula-mula memang gak sukar untuk dia terima. Saya bagi tahu awal bukanya apa as saya tak nak dia terkejut bila nanti nama dia tak ada kat screen yang dipaparkan. First time juga saya merasakan kekecewaan si anak dara apatah lagi seorang rakan karib nya yang tidak dijangka untuk mendapat 5A dapat 5A. Dia yang dicalonkan sebagai pelajar 5A tak dapat 5A untuk ujian tersebut.

Sesungguhnya... bila saya lihat semakin deras air mata anak dara ku semakin deras jua air mata ku mengalir. Bukanya apa, si anak dara telah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang tahun. Saya peluk dia lagi dan dia menangis sepuas-puasnya di bahuku. Saya pujuk dia dan saya katakan mungkin ini rezeki pada UPSR dan nanti tuhan akan berikan rezeki yang lebih lagi. Dia angukkan kepala dan  berhenti menangis bila namanya dipanggil untuk megambil sijil pengawasnya ke pentas.Sebenarnya, saya baru terfikir.. mungkin bila anak dara dapat 4A 1 B tuhan bagi si anak untuk terus berusaha dan belajar lebih rajin lagi. Sekiranya dia dapat 5A anak daraku itu akan jd bongkak dan sombong dan dek kebongkakan dan kesombongan itu anak daraku itu nanti akan lupa daratan dan ini boleh menyebabkan dia leka so adalah adil bagi saya keputusan itu ada kekurangannya kerna kekurangan itu akan menyebabkan anak saya lebih berusaha untuk ujian-ujian yang akan datang. Saya tetap bersyukur kepada tuhan atas keputusan tersebut walaupun pada awal nya saya tidak dapat menerimanya kerana ibu mana yang sanggup melihat kekurangan pada anaknya apa lagi si anak dara adalah satu-satu nya anak daraku tiada dua mahupun tiga... hehehe rezeki tuhan belum lagi sampai serunya.. kalau boleh nak satu lagi.. tak kisah anak laki ke perempuan.

Bebalik kepada kelas KRK.. anak dara masuk kelas KRK melalui pemilihan di online. 18/12/2013 check kat portal MOE. So bila check anak dara dapat kat Sekolah Kawalan dan juga Kelas Rancangan Khas.Dalam hati memang happy as memang sekolah rancangan khas ini adalah pilihan hati walaupun KRK merupakan pilihan ketiga selepas Kolej haji bujang dan SM Sains Miri.So bila dah dapat keputusan tu terus call anak dara dan bukan gembiranya dia menerima berita itu. Memang dia nak Kelas KRK tu juga.The next day, saya dan MR Hubby pergi ke sekolah SMK Lopeng Tengah untuk dapatkan Borang pendaftaran sekolah. Kita berdua dapat borang pendaftaran bernombor 123. Wah cantkikan no tu..?? Macam nombor tu ada petanda dan hints baik untuk anak dara sepanjang sesi persekolahannnya nanti. Satu yg jd masalah baju KRK  bukan guna baju biasa. Kena guna baju hijau dan skirt hijau.Wadduh...pening kepala as baju ni custom made tak ada jual kat mana-mana kedai. kena pergi beli kain then buat kat tailor. Nak kena cepat buat as 31/12/2013 adalah registration day so kena pakai juga baju tu.Nasib dapat tailor dan siap mengikut waktu.

Em.. harapan dan azam tahun ni moga anak dara akan terus maju dalam setiap bidang yang diceburinya.  Perjuangannya tidak hanya pada UPSR yang lepas tetapi ada lagi perjuangan yang baru di sekolah baru apatah lagi sekarang ni dah Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS)  dan pentafsiran akan dibuat bila2 masa tak ada lagi istilah tunggu tingkatan 3 baru belajar betul-betul. Jadi now saya nekad.. saya akan tetap bimbing anak dara untuk terus berusaha. Saya nak anak dara saya menjadi anak yang berjaya. Dia becita-cita menjadi pakar matematik  or paling tidak pun nak jadi pakar forensik. So moga perjalanaannya akan diberkati tuhan dan akan dimakbulkannya. Amen....


Bagi saya, azam tahun baru ni dapatkan pekerjaan lagi setelah saya berhenti kerja setahun yang lalu atas alasan nak temankan anak dara sepanjang tahun UPSR as sebelum ni yg banyak traveling dan outstation. Demi anak dara sanggup saya resign. Luckly saya bukan pegawai kerajaan if pegawai kerajaan mana boleh buat macam tu kan... so tahun ni bermula lah misi mencari kerja kembali. Setakat ni satu dah sangkut but masih nak tunggu yang 3 lagi. Bukanya apa.. kena kira gaji dan upah ... if tak bebaloi pun ssh juga as saya ni dah ada komitment so if dapatkan yg kurang ssh juga nak cover commitment yang ada kan?

So kali ini, tahun baru 2014 moga akan memberikan kami sekeluarga berkat  yang berganda walaupun hakikatnya 2013 memberikan dugaaan yang amat boleh tahan.. tetapi berkat 2014 dari kuasa tuhan kami percaya kehidupan kami anak beranak akan lebih baik  dan lebih diberkati tuhan.Amen.